Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

"Sesungguhnya aku tidak menangisi dunia ini, tetapi aku menangisi apabila memikirkan perjalanan yang panjang dan bekalan diri yang sedikit ke
alam barzakh. Aku berada antara dua jalan. Tinggi dan rendah, syurga dan neraka. Aku tidak tahu ke arah mana kakiku ini melangkah."
-Abu Hurairah-

Labels

Social Icons

Saturday, 23 June 2012

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia

سم الله الرحمن الرحيم
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim) 

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya. 


Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.
Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah) Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama.Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlahcuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)


Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Menyingkap Iman Pada Selimut Subuh

سم الله الرحمن الرحيم

Inilah ujian yang sesungguhnya. Ujian yang sangat sulit, namun bukan satu hal yang mustahil. Nilai tertinggi dalam ujian ini bagi seorang laki-laki adalah solat Subuh secara rutin berjemaah di masjid. Sedangkan bagi wanita, solat Subuh tepat pada waktunya di rumah. Setiap orang dianggap gagal dalam ujian penting ini, manakala mereka solat tidak tepat waktu, sesuai yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Sikap manusia dalam menunaikan solat fardhu cukup beragam. Ada yang mengerjakan sebahagian solatnya di masjid, namun meninggalkan sebahagian yang lain. Ada pula yang melaksanakan solat sebelum habis waktunya, namun dikerjakan di rumah.

Dan, Ada pula sebahagian orang yang mengerjakan solat ketika hampir habis batas waktunya (dengan tergesa-gesa). Yang terbaik di antara mereka adalah yang mengerjakan solat fardhu secara berjemaah di mushala, surau atau masjid pada awal waktu.

Rasulullah s.a.w. telah membuat klasifikasi yang dijadikan sebagai tolak ukur untuk membezakan antara orang mukmin dengan orang munafik. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. Bersabda:

” Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ Dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak".

Apabila Rasulullah s.a.w. meragukan keimanan seseorang, beliau akan menelitinya pada ketika solat Subuh. Apabila beliau tidak mendapati orang tadi solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang beliau ragukan dalam hati.

Di sebalik pelaksanaan dua rakaat di ambang fajar ini, tersimpan rahsia yang menakjubkan. Banyak permasalahan yang bila dirujuk, bersumber dari pelaksanaan solat Subuh yang diringan-ringankan. Itulah sebabnya, para sahabat Rasulullah saw. sekuat tenaga agar tidak kehilangan waktu emas itu.

Pernah suatu hari, mereka terlambat salat Subuh dalam penaklukan benteng Tastar. ‘Kejadian’ ini membuat seorang sahabat, Anas bin Malik r.a. selalu menangis bila mengingatnya. Yang menarik, ternyata Subuh juga menjadi waktu peralihan dari era jahiliyah menuju era tauhid. Kaum ‘Ad, Tsamud, dan kaum penderhaka lainnya, dilibas azab Allah swt. pada waktu Subuh.

Seorang penguasa Yahudi berkata: “Kami baru takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti melaksanakan solat Jumaat.”

“Sungguh masjid-masjid di seluruh penjuru dunia ini merintih pedih dan mengeluh kepada Allah kerana dijauhi oleh majoriti kaum muslimin ketika solat subuh sedang dilaksanakan. Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa benda-benda mati itu tidak bisa bicara, tentu manusia dapat mendengar suara rintihan dan gemuruh tangis masjid-masjid itu mengadu kepada Rabbnya Yang Agung”.

Memang, tanpa solat Subuh secara berjemaah, umat Islam tidak lagi berwibawa. Tak selayaknya kaum muslimin mengharapkan kemuliaan, kehormatan, dan kejayaan, bila mereka tidak memperhatikan solat ini.

Bagaimana orang-orang muslim tidur di waktu Subuh, lalu dia berdoa pada waktu Dhuha atau waktu Zhuhur atau waktu petang hari (Asar), memohon kemenangan, keteguhan dan kejayaan di muka bumi. Bagaimana mungkin?

Sesungguhnya agama ini tidak akan mendapatkan kemenangan, kecuali telah terpenuhi semua syarat-syaratnya. Yaitu dengan melaksanakan ibadah, akidah, berakhlak mulia, mengikuti ajaran-Nya, tidak melanggar larangan-Nya, dan tidak sedikit pun meninggalkannya, baik yang ringan apalagi yang sangat penting.

Subhanallah! Allah s.w.t. akan mengubah apa yang terjadi di muka bumi ini dari kegelapan menjadi keadilan, dari kerusakan menuju kebaikan. Semua itu terjadi pada waktu yang mulia, ialah waktu Subuh. Berhati-hatilah, jangan sampai tertidur pada saat yang mulia ini.

Allah s.w.t. akan memberikan jaminan kepada orang yang menjaga solat Subuhnya, yaitu dibebaskan dari seksa neraka jahanam. Diriwayatkan dari Ammarah bin Ruwainah r.a., ia berkata:

Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk neraka, orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari.”

Solat Subuh merupakan hadiah dari Allah s.w.t., tidak diberikan, kecuali kepada orang-orang yang taat lagi bertaubat. Hati yang diisi dengan cinta kemaksiatan, bagaimana mungkin akan bangun untuk solat Subuh? Hati yang tertutup dosa, bagaimana mungkin akan terpengaruh oleh hadith-hadith yang berbicara tentang keutamaan solat Subuh?

Orang munafik tidak mengetahui kebaikan yang terkandung dalam salat Subuh berjemaah di masjid. Sekiranya mereka mengetahui kebaikan yang ada di dalamnya, niscaya mereka akan pergi ke masjid, bagaimanapun keadaannya, seperti sabda Rasulullah saw.: ” Maka mereka akan mendatanginya, sekalipun dengan merangkak.”

Cuba kita bayangkan ketika ada seorang laki-laki yang tidak mampu berjalan, tidak ada orang yang membantu memapahnya. Dalam keadaan yang sedemikian rupa, ia bersikap keras mendatangi masjid dengan merangkak dan merayap di atas tanah untuk mendapatkan kebaikan yang terkandung dalam salat Subuh berjemaah.

Sekiranya kita saksikan ada orang yang meninggalkan solat Subuh berjamaah di masjid (dengan sengaja), maka kita akan mengetahui betapa besar musibah yang telah menimpanya.

Rakan-rakan semua, artikel ini bukan untuk menuduh orang-orang yang tidak menegakkan solat Subuh di masjid dengan sebutan munafik.

Allah s.w.t. Maha Mengetahui akan keadaan setiap muslim. Namun, sebaiknya hal ini dapat dijadikan sebagai bahan pembaiki bagi setiap individu (kita), orang-orang yang kita cintai, anak-anak, serta sahabat-sahabat kita. Sudahkah kita solat Subuh berjamaah di masjid atau musalla secara istiqamah?

Jika seseorang meninggalkan solat Subuh dengan sengaja, maka kesengajaan tersebut adalah bukti nyata dari sifat kemunafikan. Barang siapa yang pada dirinya terdapat sifat ini, maka segeralah bermuhasabah dan bertaubat. Mengapa? Karena dikhuatiri akhir hayat yang buruk (su’ul khatimah) akan menimpanya.

Nauzubillah minzalik!

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah s.a.w. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” Jika Rasulullah s.a.w. yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah s.w.t. kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah s.w.t. Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (al-Kahfi 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah s.a.w, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”Begitulah keistimewaan solat Subuh.

Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Diceritakan satu ketika Rasulullah s.a.w. solat subuh di masjid Nabawi. Begitu pulang beliau mendapati puterinya Siti Fatimah masih tidur. Maka beliau pun membalikklan tubuh Fatimah dengan kakiknya, kemudian berkata: “Hai Fatimah, bangun dan saksikanlah rezeki Robbmu, kerana Allah s.w.t. membagi-bagi rezeki para hamba antara salat subuh dan terbitnya matahari”. ( HR.Baihaqi ).

Dilain waktu Rasulullah s.a.w. menjadi imam solat subuh, Beliau tidak melihat Ali bin Abi Thalib RA. Khuwatir menantunya ini sakit, beliau langsung menuju rumahnya. Ketika bertemu dengan Siti Fatimah, mendapat penjelasan bahawa sangat asyiknya Ali, suaminya beribadah malam, maka solat subuh dilakukan di rumah. Rasulullah s.a.w. kemudian berkata: “Solat subuh yang dilakukan secara berjemaah (di masjid), lebih bagus daripada ibadah yang dilakukan seseorang sepanjang malam di rumah”.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bahwa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Barangsiapa yang melaksanakan solat isya’ secara berjemaah , maka ia seperti solat malam separuh malam. Dan barangsiapa yang melaksanakan solat subuh secara berjemaah, maka ia seperti solat malam satu malam penuh”. Sehingga Ibnu Umar r.a.d. pun menegaskan: “Sungguh, aku boleh melaksanakan solat subuh secara berjemaah, itu lebih aku sukai daripada solat malam semalam suntuk”. Sudah pasti yang paling baik adalah istiqamah solat malam di rumah sesuai kemampuan dan ditutup dengan solat subuh secera berjemaah di masjid.

Ayuh! rakan-rakan semua, marilah kita solat subuh di masjid secara berjemaah. Semuga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengamalkannya. Penuhkan masjid diwaktu solat subuh supaya orang kafir akan gerun dengan kehebatan umat Islam. InsyaAllah kalau kita sama-sama berusaha kearah itu, tidak mustahil panji-panji Islam akan subur menghijau dibumi Allah ini.

Tiada yang mustahil dan kita tidak perlu ragu-ragu dengan pertolongan Allah s.w.t., Insya'allah.

Wallahua’alam.

Tips untuk Survive dalam Percintaan Jarak Jauh

سم الله الرحمن الرحيم

Bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.
Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.
Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.
Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.
*RinduTatak Pipeng sesangat....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...